Saturday, November 27, 2010

PRODUK GAMASTEEN

GAMASTEEN
Price: RM 29.90
Gamasteen adalah merupakan produk ke 5 keluaran Le Roselle Cosmetic And Spa yang di formulasikan oleh SIRIM dengan usahasama Al Faiz Industri Sdn. Bhd. Nama Gamasteen terhasil daripada gabungan 2 bahan utama yang terkandung dalam produk ini iaitu Gamat dan Manggis. Antara bahan-bahan semulajadi lain yang terkandung dalam produk ini ialah Mengkudu, Halia dan Kurma. Gabungan bahan-bahan ini telah menghasilkan satu produk yang berkualiti tinggi dan terbukti berkesan merawat pelbagai masalah kesihatan khususnya penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis dan juga berkesan bagi mengempiskan perut dan mendapatkan badan yang cantik idaman setiap wanita. Gamat atau Timun Laut merupakan sejenis haiwan Invertebrata (tanpa tulang belakang) laut yang meraih populariti dewasa ini disebabkan khasiat dan nilai terapeutiknya yang mengkagumkan. Ia memainkan peranan penting sebagai agen penyembuh luka dan berupaya mengurangkan kejadian pembekuan darah di dalam saluran darah. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit Strok dan sakit Jantung. Secara tradisional pula, Gamat dipercayai berkesan untuk meningkatkan kesihatan badan, mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman, mengurangkan rasa sakit sendi, badan dan lenguh otot, menghindari masalah alahan dan lelah, mencantikkan kulit dan awet muda, meningkatkan metabolisma dan membantu masalah keletihan, menghindari sembelit dan masalah buasir, menguatkan tenaga batin, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengawal kencing manis.
Khasiat Kandungan
Halia (Zingiber Officinale Ross) merupakan salah satu jenis rempah ratus yang bukan sahaja digunakan dalam masakan timur dan barat malah adalah antara yang terpenting diperniagakan di dunia. Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin dan membuang angin. Ia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk, migrin, sakit gigi dan sengugut.
Kurma (Phonex Dactylifera) adalah sejenis tumbuhan (palma) yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Unsur Zat Besi dan Kalsium yang terdapat di dalam buah Kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sumsum tulang. Kurma juga adalah antara makanan yang paling cepat diproses sebagai bekalan tenaga. Ia juga mengandungi Vitamin A yang sangat berguna untuk mata, pertumbuhan tulang, metabolisme lemak dan kesihatan kulit. Dengan ketiadaan kolestrol, lemak dan gula dalam kurma, maka amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Kurma juga banyak mengandungi zat besi yang dapat membantu mengatasi masalah anemia atau kekurangan sel darah merah.
Manggis (Garcia Mangostana) adalah tumbuhan tropika malar hijau dan di percayai berasal dari Asia Tenggara. Manggis mempunyai satu bahan anti-oksidan yang berkesan dan mampu menandingi Vitamin C dan E. Isi Manggis yang putih dan kulit berwarna ungu ini telah digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetis, arthritis, barah, disentri, ekzema dan cirit birit. Ia juga boleh digunakan untuk masalah demam, jangkitan, kesakitan, kelesuan, alahan, kemurungan, darah tinggi dan masalah penglihatan. Kini, para doktor di seluruh dunia menggunakannya untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan umum para pesakit mereka.
Mengkudu (Morinda Citrifolia Linn) ialah tanaman bersifat saka berasal dari Asia, Australia dan kepulauan Pasifik. Mengkudu mempunyai pelbagai kegunaan. Ia telah digunakan sejak turun-temurun dalam perubatan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu. Satu bancian yang dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan telah dapat dibantu dengan pengambilan Mengkudu. Antaranya ialah kanser, kencing manis, darah tinggi, tulang, jantung, kemurungan, pernafasan, penghadaman dan buah pinggang. Mengkudu juga boleh dibangunkan ke produk kumpulan makanan seperti makanan kesihatan/tambahan, tonik, minuman dan perubatan tradisional dan barangan bukan makanan seperti kosmetik, penjagaan/kesihatan diri dan biopesticid.